Semua bahagian UMNO di negeri ini disaran mewujudkan blog masing-masing bagi mendekatkan mereka dengan golongan muda di peringkat akar umbi dan mengenal pasti masalah golongan itu supaya ia dapat ditangani dengan matang.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Ahmad Zahri Jamil berkata, rakyat khususnya golongan muda kini lebih berminat mendapatkan maklumat daripada blog berbanding akhbar arus perdana yang disifatkan mereka lebih banyak memaparkan retorik politik.
“Blog telah lama digunakan di luar negara tetapi di sini ia merupakan budaya baru namun keberkesanannya pada pilihan raya umum baru-baru ini terbukti berkesan,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Kewartawanan Telekom Malaysia/Celcom/Institut Akhbar Malaysia di Hotel Puteri Pacific di sini hari ini.
UMNO Bahagian Johor Bahru akan membincangkan hasrat Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada mesyuarat bahagian hari ini.
Ketuanya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pada mesyuarat itu pihaknya akan membincangkan secara teliti hasrat bekas Menteri Kewangan itu.
"Selepas capai kata sepakat, kita akan membuat kenyataan berhubung pendirian Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata demikian selepas menghadiri majlis kesyukuran kemenangan calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini dan pelantikannya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna anjuran penduduk Kampung Kurnia, di sini.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor Pada hari Khamis 12 Rabiul Awal 1429H bersamaan 20 Mac 2008M Jam 8.30 pagi bertempat di Masjid Jamek Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
JOHOR BAHRU 17 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru berjanji akan segera menyelesaikan masalah para peniaga di Pasar Awam Larkin yang meminta supaya tidak dibina restoran makanan segera di tempat letak kereta di situ yang dibimbangi akan menjejaskan pendapatan mereka.
"Saya akan tengok, kalau pembinaan yang dibuat tidak mengikut kelulusan pelan, saya akan minta agar pembinaan tersebut tidak diluluskan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Beliau akan menghubungi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), pihak yang bertanggungjawab meluluskan pelan pembinaan di situ supaya menyediakan tempat letak kereta lain yang bersesuaian bagi menggantikan tempat letak kereta sedia ada.
DATO Shahrir Abdul Samad telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru pada Pilihan Raya Umum ke-11, 2004 setelah mengundurkan diri sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru dalam Pilihan Raya Umum 1990.
Kepulangannya sebagai calon Barisan Nasional (BN), Parlimen Johor Bahru selepas 14 tahun `bersara sementara` menerima sambutan baik pengundi-pengundi Johor Bahru dengan mencatatkan majoriti terbesar di Malaysia iaitu majoriti di Pilihan Raya Umum ke-11 (2004).
Beliau kemudian dipilih oleh ahli-ahli parlimen BN sebagai Pengerusi, Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan BNBBC telah dijadikan sebagai kumpulan pengimbang di antara eksekutif (front bench) dan pembangkang.
BNBBC di bawah kepimpinan Shahrir juga telah melakukan beberapa perubahan termasuk menambah baik prestasi ahli parlimen biasa BN atau “backbencher” antaranya ialah:
Johor Bahru Di kawasan Parlimen Johor Bahru pula (P.160, N.44 dan N.45), lebih 1000 penyokong Barisan Nasional, YB. Dato’ Shahrir Samad, Hj. Adam Sumiru dan Mok Chek Hou melahirkan sokongan apabila berkumpul di padang Pejabat Daerah Johor Bahru.
PARLIMEN JOHOR BAHRU P.160 Barisan Nasional - YB. Dato’ Hj. Shahrir bin Hj. Abdul Samad PRM - Hassan Karim
TANJONG PUTERI N.44 Barisan Nasional - Hj. Adam Sumiru PKR - P Subramaniam
STULANG N.45 Barisan Nasional - Mok Chek Hou PRM - Song Sing Kwee DAP - Norman Joseph Fernandez
PARLIMEN JOHOR BAHRU P.160 YB. DATO’ SHAHRIR ABDUL SAMAD
TANJONG PUTERI N.44 Adam Sumiru (muka baru) (Menggantikan Ali Mohamed)
STULANG N.45 Mok Chek Hou (muka baru) (Menggantikan Freddie Long Hoo Hin)
JOHOR BAHRU 27 Jan. - Penduduk Flat Bukit Chagar yang berpindah ke penempatan baru di Flat Sri Stulang di sini akan diberi wang pampasan RM1,000 bagi setiap keluarga manakala wang caj elektrik sebanyak RM275 pula juga akan dipulangkan.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, wang tersebut merupakan ‘bonus’ kepada penduduk Flat Bukit Chagar di sini yang telah dipindahkan ke flat tersebut sejak awal bulan lalu.
Menurut Shahrir, keputusan itu diambil bagi meringankan beban penduduk terbabit yang sebelum ini terpaksa membayar 30 peratus daripada jumlah hutang tertunggak terlebih dahulu sebelum boleh menduduki penempatan baru itu.
JOHOR BAHARU, 29 Dis- Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) akan memanggil kerajaan negeri Johor, syarikat-syarikat Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) dan Tebrau Teguh Bhd untuk memberi penjelasan tentang usaha pemindahan penduduk yang bakal terjeas akibat pembinaan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) bernilai RM977juta pada tahun depan.
Pengerusinya Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pembinaan Lebuhraya EDL sejauh 8.1km menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bukit Chagar dengan Lebuhraya Utara Selatan pada tahun depan itu bakal mengakibatkan pemindahan 2,600keluarga dari tujuh buah kampung di Johor Baharu.